Wednesday, September 29, 2010

TEH CINA GAMIT PENGUNJUNG KE FESTIVAL PESTA TANGLUNG 2010

KUALA TERENGGANU HARI INI
Oleh :
Suara APMT 14 Bandar




YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said mencuba hidangan 'TEH CINA' bersama YB Dato' Rahin Bin Said


Kuala Terengganu 30 September 2010 : Sempena Penganjuran Festival Kuih Bulan dan Pesta Tanglung 2010 peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di Mercu Tanda Terbaru Bandaraya Warisan Persisir Air di Dataran Berkembar Pulau Warisan Kampung Cina River Front . Salah satu tarikan kepada pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan festival kali ini adalah minuman tradisi masyarakat berketurunan ‘Tionghua” iaitu Teh Cina. Disamping dicuba oleh pengunjung-pengunjung yang hadir.Minuman ini juga dicuba oleh Pemimpin Nombor Satu Negeri Terengganu iaitu Y.A.B Dato’ Seri Ahmad Bin Said ( Menteri Besar Terengganu ) , Y.B Encik Toh Chin Yaw ( Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Bandar ) , Y.Bhg Dato’ Wan Ahmad Farid Bin Dato’ Wan Salleh ( Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu ) , Dato’ Abd. Rahin Bin Said ( Exco Kerajaan Negeri ) , Y.Bhg Dato’ Wan Hisham Bin Dato’ Wan Salleh ( Pegawai Pembangunan Dun Ladang ) , Y.Bhg Encik Badrol Hisham Bin Hj. Zaki ( Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu ) dan Kepimpinan Umno , Mca dan Mic Kuala Terengganu





YB Toh Chin Yaw juga berkesempatan menikmati 'TEH CINA'



Dato' Wan Ahmad Farid juga sempat bersantai menikmati 'TEH CINA'



Badrol Hisham mencuba 'TEH CINA' bersama kepimpinan Pemuda MCA Kuala Terengganu dan Penyelaras Pemuda UMNO Dun Bandar

No comments:

Post a Comment