Tuesday, October 5, 2010

MALAM RAMAH MESRA AIDILFITRI BERSAMA YB TOH CHIN YAW

KUALA TERENGGANU HARI INI
Oleh : Suara 14 Bandar

YB Toh bersama Pemenang Hiasan Beca Tercantik

Banner Program
Ramai yang hadir
Saudara Ketua Pemuda Umno Bahagian

KUALA TERENGGANU 06 SEPTEMBER 2010 : YB Adun Bandar , Encik Toh Chin Yaw telah meluangkan masa bertemu pengundi-pengundi di kawasan Peti Undi Pantai Terengganu,Paya Bunga dan Pejabat Bandaran melalui satu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Perkarangan Dewan Tanjung Surau Pasir di sini pada malam tadi.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini telah dianjurkan oleh Komuniti Bestari Mukim Bandar dengan kerjasama JKKK Pantai ini telah dihadiri oleh lebih 1500 orang golongan sasar di kawasan berkenaan. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu , Encik Badrol Hisham Bin Zaki, Setiausaha Umno Bahagian Kuala Terengganu merangkap Pengerusi Penyelaras Umno Dun Bandar , Encik Ibrahim Bin Omar dan Pengerusi Penyelaras Umno Dun Batu Buruk, Encik Wan Kamal Bin Wan Ismail . Majlis juga telah diserikan dengan Pertunjukan Beca Roda Tiga Berhias dan Nyanyian Karaoke daripada Pemuda dan Puteri Umno Cawangan Pantai.

Kuala Terengganu Hari Ini ( Dun Bandar News )

No comments:

Post a Comment