KUALA TERENGGANU HARI INI
Oleh : Suara APMT 14 Bandar
Oleh : Suara APMT 14 Bandar
![]() | ||
Tanglung " Kong Ming " menghiasi ruang udara Bandaraya Kuala Terengganu |
Kuala Terengganu 25 September 2010 : Festival Pesta Tanglung 2010 peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan di Mercu Tanda baru Bandaraya Warisan Persisir Air iaitu di Dataran Kampung Cina River Front disini telah mencapai kemuncaknya pada 22 September dengan menyaksikan sebanyak 126 buah Tanglung “ Kong Ming ” pelbagai warna telah dilepaskan ke udara menghiasi ruang udara Bandaraya Kuala Terengganu.
Festival yang mendapat sokongan Kerajaan Negeri, MCA Terengganu dan Persatuan NGO Tionghua ini telah berjaya menarik lebih 10ribu pengunjung yang berbilang bangsa pada malam kemuncak pelepasan Tanglung Kong Ming tersebut.
![]() |
Kepimpinan BN Kuala Terengganu bergambar kenangan bersama Datuk Bandar |
Malam kemuncak juga diserikan dengan kehadiran YB Toh Chin Yaw ( Adun Bandar merangkap Exco Kerajaan Negeri Terengganu ) , Y.Bhg Dato’ Azlan Bin Dagang ( Datuk Bandar Kuala Terengganu ) , Y.Bhg Dato’ Wan Hisham Bin Dato Wan Salleh ( Pegawai Pembangunan Dun Ladang ) , Encik Badrol Hisham Bin Haji Zaki ( Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu) ,
Mrs, See Meng Geok ( Ketua Wanita MCA Terengganu ) dan Encik Armi Irzan Bin Mohd ( Ketua Penyelia APMT Dun Bandar ).
Disamping perlepasan Tanglung “ Kong Ming ” sambutan pesta pada malam tersebut juga diserikan dengan pertunjukan “ Bunga Api ” , “ Tarian Singa ” , “ Fesyen Cheongsang ” , Nyanyian Artis Cina , Deklarasi Keamanan oleh Kepimpinan Komponen Barisan Nasional Kuala Terengganu , Program Menyusuri Sungai Terengganu dan Kebudayaan Masyarakat Tionghua.
![]() |
Mercu Tanda Bandaraya Warisan Persisir Air |
No comments:
Post a Comment