Monday, September 27, 2010

Sepetang Bersama Yb Toh Chin Yaw


KUALA TERENGGANU HARI INI
Oleh : Suara APMT 14 Bandar



YB Toh Chin Yaw Promosi Wau Penyu

Kuala Terengganu ( Pulau Warisan ) : Sempena penganjuran Festival Pesta Tanglung 2010 peringkat Negeri Terengganu, YB Toh Chin Yaw ( Adun Bandar ) telah meluangkan masa petangnya dengan beriadah dan mencuba permainan wau Penyu di Pulau Warisan ( Pulau Buatan di muara Sungai Terengganu) dengan dibantu kakitangan daripada Turtle Conservation Centre.Program ini juga disertai oleh kepimpinan MCA Kuala Terengganu.


Wau Penyu yang berjaya dinaikkan oleh YB Toh

Temuramah bersama YB Toh Chin Yaw , Beliau telah menyatakan , beliau sememamngnya tidak asing lagi dengan permainan wau ini walaupun ianya adalah permainan tradisi masyarakat melayu,beliau memberitahu permainan ini telah dimainkan sejak era kanak-kanak lagi.
Dalam temuramah itu juga YB Toh juga menyeru agar semua rakyat khususnya Warga Kota Bandaraya Kuala Terengganu yang berbilang bangsa untuk sama-sama berkunjung ke Mercu Tanda Baru Bandaraya Kuala Terengganu iaitu di Kampung Cina River Front dan bersama-sama memeriahkan Festival Pesta Tanglung 2010 yang sedang berlangsung di sini mulai 15 hingga 28 September 2010 kerana terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang disini seperti Program Menyusuri Sungai ( Night River Cruise ), Pameran Seni Kalirafik Cina,Pertunjukan Kebudayaan,Pertandingan Memancing,Pelepasan Tanglong "Kong Ming ",Pertandingan Fesyen,Pertunjukan Tarian Singa dan Pertunjukan Silap Mata.

No comments:

Post a Comment