Monday, September 27, 2010

NIGHT RIVER CRUISE TARIKAN TERBARU BANDARAYA WARISAN PERSISIR AIR

KUALA TERENGGANU HARI INI
Oleh : Suara APMT 14 Bandar



Perkhidmatan Bot Night River Cruise

KUALA TERENGGANU - Program Menyusuri Sungai Terengganu yang memberi peluang kepada orang ramai merasai dan menikmati keindahan Bandaraya Warisan Persisir Air pada waktu malam melalui Sungai Terengganu telah mendapat sambutan hangat daripada pengunjung-pengunjung yang mengunjungi Festival Pesta Tanglung 2010 di Kampung Cina River Front .

Program yang dinamakan Night River Cruise menggunakan dua buah bot milik pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) ternyata menarik perhatian pengunjung.Program itu dianjurkan bagi memeriahkan sambutan Festival Tanglung 2010 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama lebih 30 Persatuan Kaum Tionghoa dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) .Bot-bot yang disediakan pihak TTI sentiasa sesak dengan pengunjung yang tertarik untuk mencuba perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM5 seorang untuk dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.

Menikmati keindahan persisir air Bandaraya Kuala Terengganu, perkhidmatan ini memberi pengalaman kepada masyarakat kursusnya warga kota Kuala Terengganu. Menyusuri sepanjang pesisir Dataran Shahbandar, Kampung Cina, sehinggalah ke Pulau Duyong di samping mengelilingi beberapa pulau kecil di sekitarnya.

Dalam perjalanan kira-kira setengah jam itu seorang pemandu pelancong menerangkan sejarah pulau-pulau itu dan nama-nama penempatan.

Rata-rata penumpang seakan tidak puas menikmati keindahan malam dalam waktu sesingkat itu.

Ia ternyata berpotensi dijadikan daya tarikan baru dalam pakej pelancongan.


YB Toh tidak melepaskan peluang mencuba kemudahan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar,Yang Berhormat Toh Chin Yaw, tidak menyangka perkhidmatan pada sebelah malam tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung.

Jelasnya, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan TTI bagi membolehkan perkhidmatan cruise diteruskan sepanjang tahun terutamanya pada musim perayaan dan musim cuti sekolah.

“Melihat kepada sambutan pengunjung kita berhasrat untuk mempopularkan cruise malam ini yang mana ia sekali gus akan menjadi produk pelancongan baru selain mempromosikan Pulau Warisan yang bakal dibangunkan tidak lama lagi ini.

“Selain itu, jeti di Kampung Cina ini juga akan dipertimbangkan sebagai hentian kepada cruise siang yang diperkenalkan di TTI bagi membolehkan pengunjung menikmati keindahan warisan masyarakat Cina di Kampung Cina selain Masjid Kristal dan Pulau Duyung,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment