Yang Berhormat sibuk melayani tetamu
BANDAR,19 September 2010
-Seramai lebih 3 ribu orang telah mengunjungi rumah terbuka aidilfitri dun bandar,anjuran Yang Berhormat Toh Chin Yaw dan Pusat Khidmat Dun Bandar dengan kerjasama Penyelaras Umno Dun Bandar.
Majlis ini telah berlangsung pada 18 september lalu bertempat di perkarangan pejabat khidmat masyarakat dun bandar yang baru , di Jalan Bandar Baru,Pulau Kambing.
Majlis yang berlangsung dengan meriah dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 tengahari turut dikunjung pemimpin-pemimpin Umno tempatan dan juga pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.
Selain,menikmati pelbagai juadah hari raya yamg di hidangkan,para tetamu juga dapat bersua muka dan bermaafan sempena aidilfitri yang mulia ini
Dengan ini,diharap majlis seperti ini akan terus di adakan setiap tahun untuk memeriahkan sambutan aidilfitri dan diharap dapat menggeratkan lagi silaturahim.
No comments:
Post a Comment