Sebahagian peserta yang terlibat
Kelihatan peserta-peserta seronok mendengar ucapan

Satu majlis penutup telah dirasmikan oleh Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh, Pegawai Pembangunan DUN Ladang. Dalam ucapan perasmian penutupnya juga, beliau telah memaklumkan beberapa program yang telah dirancang oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ladang dan menjemput semua peserta untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan demi alif, ba, ta iaitu Agama, Bangsa dan Tanahair.
Beliau yang ditemui selepas melakukan perasmian penutup merasakan bahawa remaja dan belia perlu didedahkan dengan politik semasa di mana beliau merasakan sebahagian besar remaja dan belia masih belum sedar kepentingan politik bangsa sejak zaman memperjuangkan kemerdekaan negara.
Beliau yang sempat meluangkan masa hampir 2 jam bersama peserta melahirkan rasa berpuas hati dengan komitment yang diberikan oleh peserta.
Kebanyakan peserta yang mengambil bahagian di dalam kem kali ini juga melahirkan perasaan puas hati di atas info-info dan pendedahan berkenaan dengan sejarah negara dari fasilitator-fasilitator yang terlibat yang mana dengan penganjuran kem seperti ini mereka dapat mengahyati sepenuhnya modul-modul yang telah disampaikan.
KUALA TERENGGANU HARI INI
KUALA TERENGGANU HARI INI
No comments:
Post a Comment