Dato’ menjawab soalan yang diajukan oleh para peserta.
Wakaf Mempelam-11 April-Program Kem Dana Bakti Remaja Dun Wakaf Mempelam telah di adakan di kem Peladang Setiu Agro Resort bermula 9 April hingga 10 April 2010 yang disertai 143 orang peserta terdiri daripada pemuda dan puteri.
Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya latihan dalam kumpulan, tayangan slot, riadah dan sebagainya bagi membina jati diri, semangat setiakawan dan cintakan tanah air.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Dato' Wan Ahmad Farid Bin Dato' Wan Salleh, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu dan turut di hadiri oleh Tuan Haji Wan Mahyudin bin Wan Ngah,Pegawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam serta Encik Badrul Hisham bin Zaki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
Dalam ucapan penutup, beliau telah menekankan beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian oleh golongan muda pada hari ini supaya mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment