KUALA TERENGGANU 9 Mac – Sebagai satu usaha membanteras samseng jalanan, Persatuan Permotoran Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah mengadakan satu forum Sehati Menunggang, Sejiwa Memandu: 1Malaysia pada 5 Mac lalu.
Forum ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Abdul Rahin bin Dato’ Said di Perkarangan Dewan Tunku Abdul Rahman di mana 200 peserta didedahkan tentang pemanduan berhemah untuk menangani gejala samseng jalanan.
Agensi yang terlibat turut memeriahkan forum tersebut dengan gerai pameran dan antara aktiviti menarik ialah, pertandingan motor tercantik, motor lambat, demonstrasi polis trafik dan bomba.
Program ini menampakkan usaha untuk menarik minat golongan belia supaya lebih berdisiplin dan menghormati undang-undang jalanraya.
Ramai pengunjung berharap program ini kerap diadakan supaya lebih banyak lagi badan-badan bukan kerajaan (NGO) terlibat sama.
KUALA TERENGGANU HARI INI
No comments:
Post a Comment