Saturday, December 24, 2011

PROGRAM GUNTING RAMBUT RAKYAT

KUALA TERENGGANU HARI INI



Kuala Terengganu 24 Dis 2011 : Penyelaras Pemuda Umno Dun Bandar dengan kerjasama Penyelaras Puteri Umno Dun Bandar telah mengambil inisiatif menganjurkan "ROAD SHOW MyGENG BN BACK TO SCHOOL ATTACK" sempena pembukaan sesi persekolahan 2012 yang akan menjelang tiba.

Program yang menawarkan perkhidmatan " GUNTING RAMBUT & KEMPEN PEMERIKSAAN KESIHATAN " secara PERCUMA ini akan diadakan di 6 Zon terpilih yang melibatkan kampung-kampung sekitar Dun Bandar, dengan mengsasarkan penyertaan daripada anak-anak golongan muda yang berpendapatan rendah,anak-anak yatim & penduduk setempat dalam kawasan.
Program ini juga diadakan bertujuan untuk membantu tukang-tukang gunting dikampung-kampung yang majoritinya adalah golongan muda.

Bagi Kempen Pemeriksaan Kesihatan yang dikendalikan oleh skuad Puteri Prihatin pula pelbagai perkhidmatan pemeriksaan dan khidmat nasihat akan ditawarkan.
Program akan diadakan bermula 24 Dis 2011 sehingga 31 Disember 2011 di Zon-zon yang berlainan.

BN PILIHAN ORANG MUDA

No comments:

Post a Comment