Tuesday, November 9, 2010

YB Toh Meriahkan Karnival Jom Ngail Pulau Kambing 2010

KUALA TERENGGANU HARI INI
Oleh : Suara 14 Bandar



YB Toh Chin Yaw menyampaikan hadiah kepada Juara Jom Ngail Pulau Kambing 2010


Kuala Terengganu 09 Nov 2010 : YB Toh Chin Yaw ( Adun Bandar ) telah meluangkan masa pada hujung minggu ke Karnival " Jom Ngail " Pulau Kambing 2010 . Program Tahunan bagi penduduk kampung Pulau Kambing itu telah dianjurkan oleh KRT Pulau Kambing dengan kerjasama JKKK dan dibawah seliaan Pemuda Umno Cawangan Pulau Kambing. Program yang merupakan edisi ke-9 ini telah mendapat sambutan hebat daripada penduduk di Kampung Pulau Kambing dan kampung-kampung sekitarnya.

Peluang untuk turung padang ini telah digunakan sebaik mungkin oleh YB Toh untuk bermesra bersama rakyat kursusnya di kawasan terbabit. Beliau juga berharap agar acara tahunan seumpama karnival jom ngail ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana terbukti berjaya mengeratkan hubungan sesama masyarakat kampung.




YB Toh Bersama pemenang kedua




YB Toh menunjukkan hasil tangkapan terberat ( Ikan Lampam 0.5 kg )




Bincang bersama Pengerusi JKKK Pulau Kambing En. Elias Bin Jantan




1 MALAYSIA......Warga Emas Berketurunan Tionghua juga turut serta

No comments:

Post a Comment