Sunday, November 7, 2010

Cakna Pendidikan Rakyat... YAB Dato' Seri Menteri Besar Turun Padang

KUALA TERENGGANU HARI INI
Oleh : Suara 14 Bandar


Pelajar teruja dengan kehadiran YAB Dato' Seri Menteri Besar yang turun secara mengejut


Kuala Terengganu 06 Nov 2010 - Seramai 532 pelajar SPM serta STPM sekitar Bandaraya Kuala Terengganu yang menyertai Ceramah Motivasi "Kami Bersedia Menghadapi Exam" bersama Osman Affan bertekad untuk melakukan yang terbaik di hari peperiksaan yang bakal tiba. Program yang bertemakan 'Pemuda Prihatin Pendidikan Rakyat' anjuran Kelab Belia Generasi Prihatin Kuala Terengganu, KBGPKT bersama Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Terengganu, PPUBKT itu dibuat secara percuma bagi mengurangkan beban keluarga miskin seterusnya meyediakan peluang sebaiknya kepada para pelajar.



YAB Dato' Seri sempat memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar

Kehadiran YAB Dato' Seri Menteri Besar ke program tersebut secara mengejut untuk berjumpa dengan para pelajar telah menaikkan lagi semangat mereka dengan ucapan ringkas tetapi penuh harapan agar para pelajar meneruskan kecemerlangan pendidikan di Terengganu.



Sekitar Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Dato' wan Ahmad Farid Wan Salleh


Melalui program ini para pelajar telah diberikan pelbagai tip terbaik dalam menghadapi peperiksaan oleh Perunding Motivasi, Osman Affan yang juga anak jati Terengganu. Kesungguhan para pelajar dalam mencuba setiap latihan yang diberikan memudahkan mereka mengulangkaji pelajaran dan seterusnya mengurangkan tekanan menjelang peperiksaan nanti.


Sebahagian daripada para pelajar tekun mendengar ucapan Ketua PPUBKT

Dalam ucapan Pengerusi KBGPKT merangkap Ketua Pemuda PPUBKT, saudara Badrol Hisham Zaki telah menyeru agar para pelajar menggunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan dan amat berharap program percuma seumpama ini dapat diteruskan dalam membela serta memperkasakan pendidikan rakyat di Parlimen Kuala Terengganu terutama anak-anak Melayu.

Melihat kesungguhan serta sambutan para pelajar untuk mengikuti program ini, Pengarah Program, Sdra Armi Irzan Mohd berazam meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang. "Namun begitu sumbangan daripada pihak swasta dan sebagainya amat dialu-alukan bagi meringankan beban pihak kami kerana kos program ini agak tinggi termasuk menyediakan makan dan minum peserta." katanya.


Para pelajar menyanyikan lagu dengan penuh semangat


Osman Affan dalam menyampaikan ceramah


Dato' Ketua Bahagian & Sdr. Ketua Pemuda turut bersama mendengar ceramah


Praktik ... Para pelajar dalam sesi latihan yang dibuat

No comments:

Post a Comment