Monday, June 18, 2012

PROGRAM SANTAI BBQ BERSAMA PEMUDA DAN PUTERI LADANG SEHAT

Ladang, 18 Jun - Program Santai BBQ Bersama Pemuda dan Puteri Ladang Sehat telah diadakan pada 16 Jun 2012 yang lalu dengan anggaran kehadiran 100 orang yang bertujuan untuk merapatkan kembali silaturahim di kalangan anak muda Kg Ladang Sehat.

Program ini juga turut diserikan dengan ucapan kata-kata semangat oleh Ketua UMNO Cawangan, Tuan Haji Adnan bin Salleh, Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Ladang yang juga merangkap Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang juga Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Ladang, Saudara Badrol Hisham bin Haji Zaki.serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri bin Alwi.

Sebelum majlis bersurai, diadakan acara tayangan video berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia.


Orang ramai yang turut memeriahkan majlis

Dato' Wan Hisham menyampaikan ucapan


Saudara Badrol Hisham menyampaikan ucapan

KUALA TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Sunday, June 17, 2012

MESYUARAT AGONG CAWANGAN

Ladang, 17 Jun - DUN Ladang telah menyelesaikan Mesyuarat Agong Cawangan bagi tahun 2012 dengan jayanya di mana pada 15 Jun 2012 sebanyak empat cawangan terakhir telah selesai bersidang mengikut tarikh yang dimaklumkan oleh UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Empat cawangan terakhir tersebut adalah Cawangan Mengadang Akar, Cawangan Panji Alam, Cawangan Gong Kapas dan Cawangan Jalan Tekukur.

Berdasarkan sambutan yang diberi semasa berlangsungnya mesyuarat ini  memperlihatkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional masih menebal di kalangan ahli.

Pegawai Pembangunan DUN Ladang merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Ladang, Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh mengambil peluang dari mesyuarat ini untuk turun ke cawangan-cawangan dan ahli-ahli yang hadir mengambil peluang untuk bersemuka dengan Pegawai Pembangunan DUN Ladang untuk menyatakan permasalahan berbangkit di kampung masing-masing.






 Mesyuarat Cawangan Gong Kapas



Mesyuarat Agong Cawangan Panji Alam



Mesyuarat Agong Cawangan Jalan Tekukur














KUALA TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Thursday, June 14, 2012

PROGRAM BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Ladang, 14 Jun - Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh telah hadir ke program bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana beliau turut bersama-sama meraikan penerima bantuan bulanan ini.

Program penyampaian bantuan bulanan adalah tugas rutin pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ladang turut dijadikan tempat penyampaian bantuan kepada penerima dari kawasan sekitar Kg Bukit Besar dan Kg Pasir Panjang.







KUALA TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Wednesday, June 13, 2012

PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)


Ladang, 13 Jun - Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) peringkat DUN Ladang telah diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ladang, hari ini dan telah disempurnakan oleh Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh, Pegawai Pembangunan DUN Ladang.



Seramai 30 orang peserta terlibat di dalam program ini di mana mereka adalah terdiri dari mereka yang disenaraikan di dalam eKasih dan permohonan baru.






KUALA TERENGGANU HARI INI

berita penuh

PROGRAM BANTUAN KERUSI RODA

Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh telah menyampaikan bantuan kerusi roda kepada dua penduduk di DUN Ladang. Puan Hajjah Mariam, seorang veteran UMNO yang tinggal di Gong Kapas, Kuala Terengganu mengalami keuzuran tidak dapat berdiri lama amat berbesar hati dengan bantuan yang diberikan. Begitu juga Encik Ramli bin Awang yang juga dikenali sebagai Pak Ali Pasar Garib turut menerima bantuan kerusi roda ini. Beliau yang tinggal di Bukit Besar sangat gembira apabila pihak pengurusan DUN datang memberi bantuan kepada beliau kerana sakit lutut beliau semakin ketara kebelakangan ini. KUALA TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Tuesday, January 3, 2012

PROGRAM CAKNA PRIHATIN BERSAMA JASA

KUALA TERENGGANU HARI INI


Kuala Terengganu 02 Jan 2012 : YB Dato' Toh Chin Yaw telah menjayakan Program Cakna Prihatin anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ) Negeri Terengganu di sekitar Kampung Tanjung dalam dun bandar.










berita penuh

2300 ORANG TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN DI DUN BANDAR

KUALA TERENGGANU HARI INI


Kuala Terengganu 02 Jan 2012 : Bagi meringankan beban ibu bapa setiap kali sesi persekolahan baru bermula Kerajaan Terengganu telah menyediakan Dana Bantuan Persekolahan saban tahun.


Semua pemohon di Dun Bandar telah mendapat kemudahan ini melalui siri Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan yang diadakan pada 30 Hingga 31 Dis 2011.lebih 2300 Orang pemohon di Dun Bandar telah menerima bantuan ini.



















berita penuh