Wednesday, June 13, 2012

PROGRAM BANTUAN KERUSI RODA

Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh telah menyampaikan bantuan kerusi roda kepada dua penduduk di DUN Ladang. Puan Hajjah Mariam, seorang veteran UMNO yang tinggal di Gong Kapas, Kuala Terengganu mengalami keuzuran tidak dapat berdiri lama amat berbesar hati dengan bantuan yang diberikan. Begitu juga Encik Ramli bin Awang yang juga dikenali sebagai Pak Ali Pasar Garib turut menerima bantuan kerusi roda ini. Beliau yang tinggal di Bukit Besar sangat gembira apabila pihak pengurusan DUN datang memberi bantuan kepada beliau kerana sakit lutut beliau semakin ketara kebelakangan ini. KUALA TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment