Monday, June 18, 2012

PROGRAM SANTAI BBQ BERSAMA PEMUDA DAN PUTERI LADANG SEHAT

Ladang, 18 Jun - Program Santai BBQ Bersama Pemuda dan Puteri Ladang Sehat telah diadakan pada 16 Jun 2012 yang lalu dengan anggaran kehadiran 100 orang yang bertujuan untuk merapatkan kembali silaturahim di kalangan anak muda Kg Ladang Sehat.

Program ini juga turut diserikan dengan ucapan kata-kata semangat oleh Ketua UMNO Cawangan, Tuan Haji Adnan bin Salleh, Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Ladang yang juga merangkap Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang juga Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Ladang, Saudara Badrol Hisham bin Haji Zaki.serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri bin Alwi.

Sebelum majlis bersurai, diadakan acara tayangan video berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia.


Orang ramai yang turut memeriahkan majlis

Dato' Wan Hisham menyampaikan ucapan


Saudara Badrol Hisham menyampaikan ucapan

KUALA TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment