Thursday, October 28, 2010

YAB Dato' Seri Menteri Besar Ziarah Pesakit Kronik

KUALA TERENGGANU HARI INI
Oleh : Suara 14 Bandar






Walaupun berlainan keturunan YAB tetap tekun menyelami dan mendengar rintihan kesusahan rakyat



Kuala Terengganu 28 Oktober 2010 : Mesra ,Cakna dan Keinginan untuk menyelami setiap denyut nadi rakyat. YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said Menteri Besar Terengganu telah meluangkan sedikit masa untuk menziarahi pesakit-pesakit kronik di Kampung Bukit Kecil , Kuala Terengganu. Program MB Ziarah pesakit kronik ini juga turut disertai YB Toh Chin Yaw ( Adun Bandar ) Y.Bhg Dato’ Wan Hisham Bin Dato’ Wan Salleh ( PPD Ladang ), Y.Bhg Encik Badrol Hisham Bin Hj. Zaki ( Ketua Pemuda Umno Bhgn Kuala Terengganu ) , APMT Dun Ladang dan Kepimpinan Umno dan Masyarakat di Kampung Bukit Kecil.







Turut serta Y.Bhg Dato' Wan Hisham dan YB Toh Chin Yaw




YAB Dato’ Seri Menteri Besar telah mengunjungi pesakit diabetes dan seorang pesakit berketurunan Tionghua En. Liew Kum. En. Liew Kum yang mengidap sakit jantung nyata terharu dengan kunjungan pemimpin nombor satu negeri ke rumah beliau. YAB juga telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua pesakit yang di ziarahi bagi meringankan beban peakit dan keluarga mereka. Disamping itu, YAB juga mengarahkan semua pesakit dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mengenalpasti keperluan pesakit dari masa ke semasa.







YAB diiringi oleh Dato' Wan Hisham,YB Toh Chin Yaw dan En. Badrol Hisham

No comments:

Post a Comment