Sunday, June 17, 2012

MESYUARAT AGONG CAWANGAN

Ladang, 17 Jun - DUN Ladang telah menyelesaikan Mesyuarat Agong Cawangan bagi tahun 2012 dengan jayanya di mana pada 15 Jun 2012 sebanyak empat cawangan terakhir telah selesai bersidang mengikut tarikh yang dimaklumkan oleh UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Empat cawangan terakhir tersebut adalah Cawangan Mengadang Akar, Cawangan Panji Alam, Cawangan Gong Kapas dan Cawangan Jalan Tekukur.

Berdasarkan sambutan yang diberi semasa berlangsungnya mesyuarat ini  memperlihatkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional masih menebal di kalangan ahli.

Pegawai Pembangunan DUN Ladang merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Ladang, Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh mengambil peluang dari mesyuarat ini untuk turun ke cawangan-cawangan dan ahli-ahli yang hadir mengambil peluang untuk bersemuka dengan Pegawai Pembangunan DUN Ladang untuk menyatakan permasalahan berbangkit di kampung masing-masing.






 Mesyuarat Cawangan Gong Kapas



Mesyuarat Agong Cawangan Panji Alam



Mesyuarat Agong Cawangan Jalan Tekukur














KUALA TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment